Hadiah Nobel Alfred_Bernhard_Nobel

Topeng maut Alfred Nobel di kediamannya Bjorkborn di Karlskoga, Sweden. Tugu Alfred Bernhard Nobel di Wagga Wagga, Australia
Rencana utama: Hadiah Nobel

Penerbitan "obituari pramatang" Nobel oleh sebuah akhbar Perancis pada tahun 1888, yang mengutuk beliau kerana mencita dinamit, dikatakan mempengaruhi azam beliau untuk meninggalkan pusaka yang lebih menyenangkan selepas pemergiannya.[1] Obituari itu bertajuk Le marchand de la mort est mort ("Saudagar maut sudah mati") dan mengandungi kata-kata berikut, "Dr. Alfred Nobel yang menjadi kaya dengan menemui cara-cara membunuh banyak orang dengan lebih cepat berbanding dahulu, meninggal dunia semalam."[2] Pada 27 November 1895, di Kelab Swedeb-Norway di Paris, Nobel menandatangani wasiatnya dan memperuntukkan kebanyakan estetnya kepada pembentukan Hadiah Nobel yang dianugerahkan setiap tahun tanpa mengenal bangsa. Beliau meninggal dunia akibat angin ahmar pada 10 Disember 1896 di Sanremo, Itali, sambil meninggalkan 31 juta kronor untuk membiayai anugerah-anugerah tersebut.

Untuk lebih terperinci berkenaan dengan topik ini, sila lihat [[{{{1}}}]].

Rujukan

WikiPedia: Alfred_Bernhard_Nobel http://azer.com/aiweb/categories/magazine/43_folde... http://azer.com/aiweb/categories/magazine/ai102_fo... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://www.time.com/time/magazine/article/0,9171,9... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p071400427 http://www.nobel.no/eng_com_will1.html http://isni.org/isni/0000000121290017